“TUGAS YANG PADAT DI SEKOLAH
SEMASA, SEBAGAI SEKOLAH SUKAN DIGABUNG DENGAN PENDIDIKAN KHAS, MENYEBABKAN SAYA
KERAP GAGAL MENJALANI RAWATAN SEBAGAI PESAKIT MAJOR DEPRESSIVE DISORDER. PENYAKIT
YANG MENYEBABKAN SAYA MUDAH LETIH, EMOSI, LUPA DAN CUAI INI SEDIKIT SEBANYAK
MENYUKARKAN SAYA DALAM MENUNAIKAN TUGAS SEPERTI GURU LAIN. SALAH SATU RAWATAN
PSIKOLOGI YANG DOKTOR SARANKAN ADALAH SAYA BERADA DI SAMPING KELUARGA. MOGA
DENGAN PERTUKARAN INI SAYA PULIH DAN DAPAT BERKHIDMAT DENGAN LEBIH CEMERLANG.”
Ini lah alasan aku minta pindah
mengajar dekat dengan rumah. Terus terang, yang aku tak tahan bila duduk
seberang laut ni ialah naik kapal terbang. Kalau naik kereta atau bas pun aku
mudah rasa penat dan pening, jadi bayangkanlah perjalanan ulang alik dari
Kuantan ke Kuching dengan 2 kapal terbang 1 hala. Selalunya lepas perjalanan,
aku mesti melepek 2, 3 hari mengecaj semula tenaga. Seboleh-bolehnya aku
elakkan balik rumah. Bukan tak rindukan keluarga… amat rindu sebenarnya! Abis
tu nak buat camane, kalau balik rumah boleh lah rehat tidur 2, 3 hari. Komfem
famili tak marah punya. Tapi kalau balik sekolah? Selalu kena sindir dengan
pengetua kalau minta cuti sakit. Kenalah datang jugak sekolah walaupun kepala
berpusing-pusing tak habis lagi kronik jetlag.
Alasan aku tak mahu mengajar di
sekolah ini pulak sebab aku tak dapat tumpu mengajar betul-betul. Sebagai
sekolah sukan, banyak betul tugas yang tak ada kena-mengena dengan Pengajaran
dan Pembelajaran! Tolak tepi lah tugas sebagai guru kelas, kokurikulum dan
masalah disiplin Pendidikan Khas. Yang tu memang berkaitan lah dengan tugas
aku. Tapi tugas melibatkan aktiviti perdana ni memanglah menguji kesabaran aku.
Apa kaitannya, guru Pendidikan Khas dengan liga bola sepak KPM? Kenapa urusan
biasiswa murid perdana diserah kepada guru Pendidikan Khas? Ok, mungkin lah
sebab tak cukup guru perdana. Dah tu, guru Pendidikan Khas ni cukup sangat?
Selalu kena pergi sana sini sampai murid Pendidikan Khas sendiri pun tak
terjaga. Aku dah letih, banyak sangat ketidak adilan dalam pentadbiran. Yang
jadi mangsa, AKU. Kalau buat, meninggalkan ‘core business’ sendiri iaitu
Pendidikan Khas, macam mana aku nak jawab kat akhirat nanti?! Kalau tak buat,
dilabel ‘tidak menurut perintah’. Daripada aku tersepit ketat, baik aku usaha
untuk lepaskan diri.
Lagi satu, kesedaran Islam di
Kuching masih jauh lagi perjalanannya. Pernah jumpa tak pengetua lelaki
beragama Islam dengan selambanya menghulur tangan untuk bersalam dengan ustazah
bertudung labuh?! Aku dah jumpa, dan aku lah ustazah yang malang tu. Itu lah
tangan lelaki ajnabi yang pertama aku sentuh sejak 29 tahun aku hidup. Aku cuba
minta izin tak bersalam, tapi dia tak menjawab, tak tarik-tarik tangan.
Disebabkan aku ada atas pentas, ambil hadiah, ramai orang tengok, nak jaga maruah
dia, aku salam jugak dengan muka mempelam muda. Alasan! Iman aku lemah
sebenarnya, takut pengetua terasa dan marah, takut orang mengata sombong,
kesimpulannya takut makhluk Allah. Sepatutnya, aku buat-buat tak nampak tangan
dia tu, capai je hadiah sambil senyum. Pernah juga ada pengarah sebuah
institusi datang pameran, dia hulur tangan jugak, pastu siap ada ‘cameraman’
ambil footage dia. Aku salam jugak hujung jari huhu. Sesungguhnya aku menyesal, rasa berdosa sangat huhu
T_T Sepatutnya aku tunjukkan pendirian
aku. Sekarang aku selalu bawa sarung tangan kalau ada penyampaian hadiah dan
yang sewaktu dengannya. Aku kena tegas menolak yang haram ni. Moga perpindahan
aku diluluskan dan aku sentiasa dipelihara oleh Allah. Amin.